Ciri-ciri stesen Stesen_MRT_Phileo_Damansara

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint berhampiran Persimpangan Seksyen 16. Di sebelah tenggara stesen adalah pusat komersial Phileo Damansara (SIBKL, Menara CP, Menara STAR, Hotel Eastin Kuala Lumpur) manakala di sebelah utara stesen adalah Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan Seksyen 16 Petaling Jaya dan pangsapuri mewah Astana Damansara.

Pelan stesen

L2
Platform
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang
(Pavillion-Pusat Bandar Damansara)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (TTDI)
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket. pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 516 petak parkir kereta dan 178 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T786, T815 dan T816 berkhidmat di stesen ini.